Sejarah Penubuhan

    Smart Caliphs merupakan persatuan yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Pelajar Islam. Seiring dengan perubahan zaman maka Majlis Pelajar Islam mengorak langkah ke hadapan dengan mengubah gaya dengan melakukan penjenamaan semula agar lebih mudah mendekati pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.

Penjenamaan semula ini nyata membuahkan hasil apabila Smart Caliphs menerima ahli baharu dan melebihi dari jumlah sasaran. Setakat ini Smart Caliphs mempunyai ahli seramai 70 orang.

Langkah demi langkah diatur supaya Smart Caliphs tidak tengelam dengan persatuan-persatuan besar yang lain, akhirnya Smart Caliphs telah mengatur satu program yang besar "Festival Ilmiah" yang telah membuka mata seluruh pihak. Program Festival Ilmiah ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berbakat untuk menyertai pertandingan Pidato, Hafazan, Debat dan Forum.

Dengan kejayaan penganjuran Festival Ilmiah seterusnya Smart Caliphs telah menganjurkan beberapa program besar yang lain.

 

Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat